Saturday, 25 May 2019

SINGAPOREEEEE - 1 DAY TRIP

SINGAPOREEEEEEEEE

2019

RM37.32 ONLY ???!!!! BY PUBLIC TRANSPORT

Ok, untuk headline ada huruf E banyak tu kawan aku cakap sebab bunyi duit dollars terbang sekali. HAHAHA untuk harga pulak, YES. Tu harga paling basic atau harga wajib tau. tak termasuk tambahan lain-lain. 

Aku akan cuba explain sejelas mungkin, sebab ada yang minta itinerary dekat aku. So tak perlu banyak kali cerita. Boleh baca sebagai panduan dekat sini. 

Aku cerita by check point boleh kan ?
Aku list dulu antara tempat yang aku sempat pergi dalam masa 1 hari.

1. Universal studio Singapore
2. Chinatown
3. Masjid Sultan
4. Esplanade 
5. Helix Bridge
6. Singapore Flyers
7. Marina Bay Sand
.
.
*Merlion Park (under construction)
*Garden By the Bay (raining heavily)

TERMINAL BAS LARKIN - KASTAM MALAYSIA - KASTAM SINGAPORE - QUEEN ST TERMINAL

Okay, untuk perjalanan pergi aku ambil bas SBS 170 di Larkin untuk ke Singapore. Ada banyak pilihan bas yang korang boleh naik. Antaranya SBS 160, CW 1 dan CW 2. Harga setiap bas ni tak sama dan tempat turun pun tak sama. Korang boleh try. 

(dalam bas SBS 170 - ADA WIFI LAJUUUUU )

Bas ni akan bawa orang ke Kastam Malaysia dulu untuk scan passport. Korang turun dan bawa semua barang. TIKET WAJIB SIMPAN. nanti bas yang sama akan tunggu korang untuk ke imigresen Singapore. Sampai dekat sana pun sama, korang turun lagi dan pergi beratur isi borang putih untuk cop border. nanti naik bas yang sama lagi, dan akan hantar korang ke stesen mana yang korang nak, korang berhenti lah. 

*Tips isi Borang Putih 
vehicle No : SBS 170
Address : Singapore City Hall
No phone : masing2
First & Last City: JB

bawa pen sendiri tau!

*Tips pilih station turun
korang turun lah di station yang berdekatan dengan station yang ada jual SINGAPORE TOURIST PASS sebab once dah dapat kad tu, korang travel unlimited. tak semua station ada jual dan ada limited time bergantung pada station. 

check out this link ok! 

πŸ”»QUEEN ST TERMINAL - BUGIS STATION

Aku turun bas di Queen St sebab aku blur tak tahu dan itu last destination. Ada lagi yang dekat macam woodlands. Aku jalan kaki ke MRT Bugis untuk beli Singapore Tourist Pass around 5 minutes. Korang kena bayar deposit 10$ + pass 10$. Masa korang pulangkan nanti dia kembalikan 10$ tu. Tapi, korang kena pulangkan dekat certain tempat ja yang ada dan ada masa buka dan tutup kaunter. Alert ok!

(Buku dekat belakang tu buku panduan. Ada maps, ada kaunter, ada tempat2 best. ada macam-macam lah)

πŸ”»BUGIS STATION - OUTRAM PARK(transit) - HARBOUR FRONT (interchange to Sentosa express)


ok, ini jalan untuk ke USS globe. Aku tak masuk pun dalam tu. Kalau korang nak masuk situ, korang kena spend satu hari dalam tu je. Rugi kalau sekejap sebab mahal kan.

 



πŸ”»HARBOUR FRONT - CHINATOWN

Chinatown ni salah satu tempat shopping murah-murah. Macam jual-jual tepi jalan tu. Ada jual sourvenir segala jenis mak nenek korang boleh beli. Makanan pun ada tapi tengok dulu halal ke tak. Kalau korang jalan sikit ada Chinatown mall. Haaa dalam tu ada kedai valu$ shop. Murahhhhhhh sangat barang dia. Coklat banyak gilaaaaa, lagi murah dari Langkawi. Barang2 macam vaseline tu mostly 1$. Korang kena hati-hati sebab campur halal dan tak halal. 




πŸ”»CHINATOWN - BUGIS STATION

Solat Zohor dan Asar di Masjid Sultan. Tempat tumpuan orang ramai terutama pelancong. Masjid yang besar dan cantik sangat. Ada sejarah islam yang diceritakan dalam masjid ni. Jalan kaki tau dari Bugis station tadi around 6 mins.

*Ada water cooler free, kitorang refill air sebab nak jimat. HAHAHA



Dekat juga dengan Arab St, Little India. Korang boleh jalan kaki kalau banyak masa. 

πŸ”»BUGIS STATION -  PROMENADE (interchange station) - ESPLANADE

 dari sini korang banyak pilihan station untuk nak turun. Tapi kami pilih sini sebab nak aku nak tengok esplanade. Esplanade ni a very BIG theatre berbentuk buah durian. Dari sini korang jalan kaki je melalui Helix Bridge ke Marina Bay Sand dan Garden By The Bay.  Merlion Park tempat singa keluar air tu under construction 😭😭 Kalau buka pun boleh jalan kaki. Sebab semua dekat-dekat ja.

Marina Bay Sand

Esplanade

Singapore Flyers

Helix Bridge

Kami lepak sini sampai maghrib juga lah. Jalan-jalan dalam Marina Bay tu. Sedih sebab hujan lebat so tak sempat nak tengok light show dekat Garden By The Bay dan kebetulan kami nak balik cepat, kejar masa nak tukar Pass tadi.

*jangan lupa bawa payung!

πŸ”»MARINA BAY - Woodlands station

Kami berhenti makan di sini dan nak tukar tourist pass kami tadi. Korang boleh makan di Kedai makan TUAN TUAN PUAN PUAN. In Sha Allah halal dan yang penting murah gaiss. Ada nasi ayam, kuih, air macam tu lah. 

Bas balik ke JB checkpoint dekat sini limited dan orang kaunter tu cakap dekat Kranji pun buka sampai 11 Malam. So kami pun gerak ke Kranji station untuk tukar pass tadi. 

Dari sini kami tunggu bas SBS 170 atau bas CW1 ke macam biasa then sampai lah ke Larkin Terminal. Bas masa balik bayar dalam dollar tau. Nombor sama tapi nilai berbeza. Masa balik kami naik bas lain lain so lain harganya. Sama macam korang datang tadi. Alhamdulillah Sampai dan selamat. 😍😍


Total Cost :

Bus : RM 7 +/- 
Singapore Tourist Pass : RM30 = 10$
(deposit 10$ dikembalikan)

*untuk internet aku guna Hotlink. Data Roaming RM10/day untuk social pass. 
Kalau ada persoalan, feel free to ask me okay. Dm IG atau email atau kalau member aku haaa WhatsApp lah camm biashaaa. πŸ˜†

Aku ucapkan good luck dekat korang. pergilah travel. senang je kan ! Enjoy!

Aku rate 5 bintang beb! ⭐⭐⭐⭐⭐


Lots Of Love,
Asma








Friday, 12 April 2019

Jogjakarta - Special Entry

JURANG TEMBELAN - BUKIT PANGGUK - WISATA SERIBU BATU - GEREJA AYAM

2018

Special Entry ? Kenapa aku panggil "special" ? Sebab aku akan share in a very short. Aku cuma singgah untuk bergambar je dekat sini. Tapi tempat-tempat ni Kebabommzz! Korang kalau ada masa lebih please check it out ok?

Ada yang free, ada yang berbayar tapi cuma 5ribu per orang. Ada yang perlu bayar parking je. Aku tak ingat yang mana satu. Aku share apa yang best je ok? 

πŸ”»JURANG TEMBELAN



Tempat ni ada 3-5 spot gambar kalau tak salah aku. Ada bot panjang dan titi panjang tu. Korang boleh tengok bukit-bukit. Tempat dia berangin ja. 

πŸ”»BUKIT PANGGUK




Dekat sini banyak spot gambar tapi berbayar. Seingat aku satu spot 3ribu. Dekat sini orang tengok sun rise, korang kena datang awal. Aku sampai lambat, kabus tebal dah mulai hilang. Kalau awal, korang akan rasa macam negeri atas awan. Serius lawa gilaaa wehhhh. Berbaloi korang datang. View dia SubhanAllah cantik sangat. 

πŸ”»WISATA SERIBU BATU



Dekat sini pula lebih kepada kayu kayu. Tempat ni dekat dengan Hutan Pinus. Korang boleh singgah sekejap. Ada rumah-rumah orang kerdil tu dan jambatan kayu juga. Boleh datang tengok, kalau pandai pose dan ambik gambar cantik, mesti lawa! 😍

πŸ”»GEREJA AYAM




Korang tengok filem Ada Apa Dengan Cinta 2 tak? Cinta dan Rangga tu. Dekat sini lah diorang shooting. Korang kena bayar dan dapat free makanan. Singkong keju yang sedap sangat. Korang boleh jalan sekitar sini. Masuk sampai bawah tanah dan tengok tempat sembahyang dan banyak lagi. Boleh naik atas ke balong ayam tu. Gereja ayam agak tinggi atas bukit sikit. Korang kena mendaki sikit tapi tak jauh mana pun. Kalau taknak boleh naik jeep tapi berbayar tau. 


Okay, last but not least untuk entri Jogjakarta, Aku sangat puas hati dan jatuh hati dengan Kota Yogyakarta (Kota Kangen) ⭐⭐⭐⭐⭐ kalau ada yang nak tanya soalan, boleh email/dm IG/pm FB atau apa sahaja yang boleh tau πŸ’πŸ’

Jumpa di entri akan datang!


Lots of Love,
Asma

Jogjakarta - Part 5

CANDI BOROBUDUR

2018

Pernah dengar tak Candi Borobudur, ada dalam buku teks sejarah kan ? Masa kami pergi bulan Ogos 2018, I was like, akhirnya yeayyyy aku dah tengok depan-depan. Bukan dalam buku lagi. Nah aku share gambar-gambar yang aku bergambar dekat sana.

ini awal awal masuk korang akan nampak signature ni, so apa lagi, ambik gambar dulu sekeping dua. jauh datang πŸ˜†

dari jauh korang akan nampak macam ni lah. luassssss dan tingiiiiiii dan panassss hehehe




sempat aku mengada nak selfie dengan mat salleh ni. heheh dia tanya aku, "why you choose me?" HAHAHAH


 so here we are, aku happy. dekat sini kawasan dia luas sangat. berpeluh tiak kalau korang jalan kaki. Tapi, jangan over, jalan kaki ja. Bawa payung or pakai topi macam aku tu sebab sangat panas. So pakai sunscreen tu banyak banyak siap siap. HAHAHA

Harga tiket local dan international tak sama tau. untuk harga international student 15USD seingat aku. Dia akan check tau masa kau nak masuk tu. so tak boleh tipu. Dia ada sediakan tourist guide berbayar untuk cerita sejarah Candi Borobudur kalau korang nak, kalau taknak boleh jalan terus. Nanti ada yang offer sewa payung, kalau nak sewa terpulang. Then dalam tu please jaga attitude tau. Ada security jaga keliling sebab tempat sejarah kan.

Korang bolehlah enjoy tengok One of Seven Wonder World eh orang panggil. Ada ukiran di dinding-dinding, ada stupa yang berbeza maksud. Korang boleh teroka sendiri. Enjoy!

Aku rate tempat ni 4 bintang sebab mahal dan bersejarah. Heheheh ⭐⭐⭐⭐

*Khas untuk korang, aku akan tambah lagi satu entri untuk tempat-tempat simple yang aku sempat singgah. Just untuk ambil gambar tapi so CANTIKKKK. Tempat AADC 2 shooting pun aku ada pergi tau. 😍😎 see you!


Lots of Love,
Asma

Monday, 25 March 2019

Jogjakarta - Part 4

GOA PINDUL - PANTAI TIMANG

2018

Ok kali ni aku sambung trip ke dunia Yogyakarta Istimewa dari Goa Pindul ke Pantai Timang. Kedua-dua tempat ni satu arah, kalau korang ambil Pak Supir (driver) pun dia susun macam tu. Tapi mostly kami dekat sana susun itinerary sendiri dan kami senaraikan tempat-tempat yang nak pergi, then kami minta Pak Supir susunkan.

Aku mulakan di Goa Pindul dulu ok.

πŸ”»Goa Pindul 

Dekat Goa Pindul, air dia jernihhhhhh sangat dan sejuk. Korang boleh tengok dalam gambar aku dekat bawah tu. Dekat sini ada banyak aktiviti boleh buat tau. Tapi semua berbayarlah ikut harga pakej. Salah satu pakej yang aku ambil cave tubing. Harga 40ribu rupiah per orang. Dalam pakej ni korang akan telusuri gua selama 45 minit. Korang akan diberi jaket keselamatan, pelampung yang diikat getah dan tourist guide. Korang akan dibawa naik jeep untuk ke gua ni. So, enjoy!

Dalam ni korang akan nampak banyak kelawar tengah tidur, mutiara apa aku tak ingat dan banyak lagi. Pemandu tu akan cerita dekat korang sejarah setiap inci sudut sepanjang gua tersebut. Di hujung tu tempat paling "top" sekali aku panggil. Sebab ada cahaya matahari tembus bentuk bulat. Memang cantik dan "on point" lah. Hehehe Korang boleh buka jaket keselamatan dan berenang dekat sini. Kalau sebelum sampai sini tak boleh tau, bahaya. Air dalam sangat, aku tinggi 167cm pun tak lepas. 











Pemandu dia best tau, sporting sangat. Korang boleh je nak tanya apa-apa dekat dia atau nak minta tolong bawa ke sana sini dalam air tu. Toilet dekat sini ok, boleh lah nak salin baju dan mandi bersihkan badan. Tempat solat pula kami solat dekat satu rumah ni. Dekat dengan tempat beli tiket masuk. Aku rasa tu rumah salah sorang yang kerja situ, dia bagi solat dekat ruang tamu rumah dia. 

Untuk maklumat lanjut pakej -pakej lain yang ada, korang tekan link yang aku bagi ni. Aku rasa macam dah jelas dia explain dalam website dia.
Goa Pindul 
Apa-apa pun aku puas hati dengan tempat ni. 

πŸ”»Pantai Timang

Orang cakap tak lengkap datang Jogja kalau tak singgah ke Pantai Timang. Air laut biru hijau, ombak tinggi melepasi batu-batu. Agak seram tapi pengalaman berharga. Hehe


so yaa, Welcome to Pantai Timang. Benda paling famous dekat sini ialah gondola. Sebelum aku cerita pasal gondola, aku masuk dari awal dulu. Untuk ke pantai, korang perlu naik jeep atau motor tau. Aku lebih prefer jeep sebab lebih selamat. Jalan dia beralun-alun, berbatu, terhentak-hentak. Mencabar wehhhh. Harga gondola 350ribu per jeep. Satu jeep boleh muat 3-4 orang. Kalau 5 orang saiz kecil tu ok. 










Untuk naik gondola, harga 200ribu per orang, instead of gondola, korang boleh lalu jambatan gantung untuk ke pulau kecil seberang sana harga 100ribu per orang. Selain tu ada spot gambar berbayar dalam 5ribu-10ribu. Korang akan basah sikit nanti tempias air laut yang deras tu but fun! Angin dia kuat sangat, jadi careful dengan semua barang-barang korang macam topi semua tu. 

Korang boleh bergambar sepuasnya sampai penuh memory, sebab dah bayar mahal untuk sampai sini. Haha Selain tu, boleh singgah makan lobster famous dooh dekat bawah tempat korang beli tiket. Orang cakap murah dan sedap. Aku tak pergi sebab rushing dah malam. Surau dan toilet ada disediakan di bawah juga. 

So overall aku suka sangat. 😍 Aku suka air dan laut, jadi aku puas hati. Aku bagi rate 4 bintang ⭐⭐⭐⭐ untuk both tempat ni. Korang enjoy tau!


Lots of love,
Asma

Monday, 11 March 2019

Jogjakarta - Part 3

HUTAN PINUS 

2018

Okay, dah lama gila tak tulis kan. sebab seriously aku busy gila. So sorryyy my sweetheart. Kali ni aku sambung tentang Hutan Pinus. Kalau orang pergi ke Jogja, mesti akan ke Hutan Pinus. WAJIBBBBB !!! sebab cantikkkk. orang sana kreatif sangat lah. so Hutan Pinus ni panjang tau. sepanjang tu ada macam macam jenis Hutan Pinus. haa pening tak? hehe. setiap tempat tu ada spot gambar berbeza. so kalau banyak masa, korang pergi lah semua. Aku pergi 2 kali trip pun tak habis semua tempat. hahaha. Ada Hutan Pinus Mangunan, Lintang Sewu, Pinus Pengger, apa lagi eh ?! errr. hhahaha Aku ingat yang aku pergi tu je. okay aku mula bawak korang travel ke Hutan Pinus satu per satu ok dear.

πŸ”»Hutan Pinus Mangunan


ni kawan-kawan sekepala aku kalau jalan-jalan. cantik kan? tapi tak available dah. hehe


yang cowok tu kawan kitorang dekat sana. serius dia antara kawan yang baikkk.. niat kitorang nak nampak pinus dekat belakang tu. ni sebelum masuk dalam tu lagi tau. 


ini kira Signature Hutan Pinus Mangunan lah kan. so kitorang pun ambik lah gambar sini. hehe Nampak tu, keliling Pokok Pinus. 



okay ni pulak, macam rumah ran atas pokok tu kan. tangga dia pun dekat pokok. Tangga dia menegak tau. serius gayat gila. buat pakai kayu je, ikat-ikat getah macam tu. HAHAHA. tapi dah jauh-jauh datang, kitorang pun cuba lah. 



view dari atas rumah ran tadi. 

Banyak lagi spot gambar dekat sini, tapi aku nak cepat so aku tak terjah semua. Tiket masuk sini seingat aku 5ribu rupiah per orang. Murah kan? nak sampai ke hutan pinus ni mendaki sikit. curam jugak lah jalan dia. macam nak pergi Cameron Highland tu. kalau jalan kaki boleh kurus. so korang naik kereta tau. Dalam ni pun kena panjat-panjat sikit. tapi sikit je lah. Hiking dan exercise sikit. Baru mencabar kan. Untuk warga emas boleh je datang, tapi kena strong. Sakit lutut tak digalakkan. hehehe

πŸ”»Lintang Sewu





okay dekat sini sama nama dengan kawan aku "Lintang" wahahaha. dekat sini kena bayar parking ja. 5ribu juga seingat aku. View dia more kepada awan biru biru, cantik lah. sebab atas bukit tinggi kan. Tak banyak sangat aku bergambar sini. Ni singgah sekejap ja. sebab ternampak πŸ˜„ 

πŸ”»Pinus Pengger 







Okay antara semua Hutan Pinus, ni paling famous. Kalau malam lagi cantik. nak masuk sini korang kena bayar 5ribu jugak. dan ada nampak buaian yang aku naik tu kan. tu kena bayar tapi aku tak ingat berapa. sedang-sedang, tak mahal sangat. dekat sini korang kena mendaki sikit ke atas. Guna tangga tau. Kalau siapa ada Asthma korang bawak lah pump tu. Kawan aku asthma di pertengahan jalan, menggelabah kitorang. HAHAHAH. Tempat makan semua ada dekat sini. Kalau surau dekat depan sikit, sebelah restoran. 

okay, sampai sini dulu aku tulis. Aku kena gerak dulu, pape roger. πŸ˜… See you when i see you ! As an conclusion, aku rate tempat-tempat ni 3 bintang ⭐⭐⭐

Lots of Love,
ASMA