Friday, 12 April 2019

Jogjakarta - Special Entry

JURANG TEMBELAN - BUKIT PANGGUK - WISATA SERIBU BATU - GEREJA AYAM

2018

Special Entry ? Kenapa aku panggil "special" ? Sebab aku akan share in a very short. Aku cuma singgah untuk bergambar je dekat sini. Tapi tempat-tempat ni Kebabommzz! Korang kalau ada masa lebih please check it out ok?

Ada yang free, ada yang berbayar tapi cuma 5ribu per orang. Ada yang perlu bayar parking je. Aku tak ingat yang mana satu. Aku share apa yang best je ok? 

🔻JURANG TEMBELAN



Tempat ni ada 3-5 spot gambar kalau tak salah aku. Ada bot panjang dan titi panjang tu. Korang boleh tengok bukit-bukit. Tempat dia berangin ja. 

🔻BUKIT PANGGUK




Dekat sini banyak spot gambar tapi berbayar. Seingat aku satu spot 3ribu. Dekat sini orang tengok sun rise, korang kena datang awal. Aku sampai lambat, kabus tebal dah mulai hilang. Kalau awal, korang akan rasa macam negeri atas awan. Serius lawa gilaaa wehhhh. Berbaloi korang datang. View dia SubhanAllah cantik sangat. 

🔻WISATA SERIBU BATU



Dekat sini pula lebih kepada kayu kayu. Tempat ni dekat dengan Hutan Pinus. Korang boleh singgah sekejap. Ada rumah-rumah orang kerdil tu dan jambatan kayu juga. Boleh datang tengok, kalau pandai pose dan ambik gambar cantik, mesti lawa! 😍

🔻GEREJA AYAM




Korang tengok filem Ada Apa Dengan Cinta 2 tak? Cinta dan Rangga tu. Dekat sini lah diorang shooting. Korang kena bayar dan dapat free makanan. Singkong keju yang sedap sangat. Korang boleh jalan sekitar sini. Masuk sampai bawah tanah dan tengok tempat sembahyang dan banyak lagi. Boleh naik atas ke balong ayam tu. Gereja ayam agak tinggi atas bukit sikit. Korang kena mendaki sikit tapi tak jauh mana pun. Kalau taknak boleh naik jeep tapi berbayar tau. 


Okay, last but not least untuk entri Jogjakarta, Aku sangat puas hati dan jatuh hati dengan Kota Yogyakarta (Kota Kangen) ⭐⭐⭐⭐⭐ kalau ada yang nak tanya soalan, boleh email/dm IG/pm FB atau apa sahaja yang boleh tau 💝💝

Jumpa di entri akan datang!


Lots of Love,
Asma

0 comments:

Post a Comment