Bismillahirahmanirrahim.. Assalamu'alaikum buat yang sudi baca.
Kenalkan, nama aku ASMA NURHIDAYATI BINTI KHASIDAN. Untuk yang dah kenal aku, Alhamdulillah. Korang ceritalah yang baik-baik je tau pasal aku hihi. Alaa, ni lebih kurang macam biodata yang korang selalu buat masa darjah 5 dulu. Konon nak ambik tahu tentang kawan kelas korang, padahal korang nak tahu tentang crush korang je kan.. hehe aku tahu sebab aku pun sama je. okay lah, takmau mengarut panjang. currently, 2019 so umur aku 21 tahun 6 bulan.(taknak mengaku dah 22 tahun) .
mana datangnya PUISI DARI HATI? okay, aku suka tulis puisi. tapi dah lama aku tak tulis sebab busy dengan kehidupan aku sekarang. Acahhh je. Aku siap download apps yang macam notes tu. siap ada PASSWORD okay. sebab nak secure puisi aku. tapi mana entah hilang lepas aku format phone hari tu. sedih kan? Basically aku tulis tentang apa yang aku lalui dalam bentuk puisi. sebab aku susah percaya orang untuk dengar cerita aku. so this is me.
Aku masih belajar. Tahun 3 semester 2 so sekarang semester 6 lah kan di Universiti Malaysia Pahang. Aku belajar kos Networking. Korang doakanlah aku grad on time dan aku dapat kerja okay. Aamiinn. Sekarang aku tengah busy dengan thesis aku. tapi still ada masa nak main blog ni. hehe sebab aku suka. so aku pun buat lah.
Aku anak kelahiran negeri PERLIS yang tercinta. Cheq orang utaghaa wehh. Cheq bolih aihh cakap utagha, tak lupa aih bahasa cheq. Feel free untuk siapa nak belajar bahasa utara, boleh tanya aku. Aku dah boleh cakap campur sebab lingkungan aku bukan utara. Aku bukan lupa asal usul tau. Pepatah cakap masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.(aku tak tahu menguak bunyi macam mana, jangan tanya) So bila aku balik perlis, aku cakap lah utagha. Bila dengan kawan2 aku, biasanya aku mix bahasa aku.
panjangnya aku bebel. Aku punya fokus menulis sampai aku tak sedar lagu aku pasang dekat Youtube dah stop. haha. oh ya, aku suka bercakap. suka bebel. Aku suka marketing ni. Tapi kena ada minat. time aku tak ada mood, so sorry lah. Aku rasa menyampah gila. hehhe Apa lagi eh aku nak cerita. itu je kot. yang lain lain kita berkenalan nanti dari masa ke masa.
wehhhh, actually aku nak bagitau tujuan aku open balik Blog ni. Aku nak share pengalaman aku. contohnya tempat yang recommended yang aku pernah pergi. makan yang sedappppppp. aku bagi review jujur okay. Kalau aku ingat harga, aku tulis sekali. Korang jangan risau. Aku tak berbayar pun. Aku just nak share je.
Lots of Love,
Asma

0 comments:
Post a Comment