Monday, 25 March 2019

Jogjakarta - Part 4

GOA PINDUL - PANTAI TIMANG

2018

Ok kali ni aku sambung trip ke dunia Yogyakarta Istimewa dari Goa Pindul ke Pantai Timang. Kedua-dua tempat ni satu arah, kalau korang ambil Pak Supir (driver) pun dia susun macam tu. Tapi mostly kami dekat sana susun itinerary sendiri dan kami senaraikan tempat-tempat yang nak pergi, then kami minta Pak Supir susunkan.

Aku mulakan di Goa Pindul dulu ok.

🔻Goa Pindul 

Dekat Goa Pindul, air dia jernihhhhhh sangat dan sejuk. Korang boleh tengok dalam gambar aku dekat bawah tu. Dekat sini ada banyak aktiviti boleh buat tau. Tapi semua berbayarlah ikut harga pakej. Salah satu pakej yang aku ambil cave tubing. Harga 40ribu rupiah per orang. Dalam pakej ni korang akan telusuri gua selama 45 minit. Korang akan diberi jaket keselamatan, pelampung yang diikat getah dan tourist guide. Korang akan dibawa naik jeep untuk ke gua ni. So, enjoy!

Dalam ni korang akan nampak banyak kelawar tengah tidur, mutiara apa aku tak ingat dan banyak lagi. Pemandu tu akan cerita dekat korang sejarah setiap inci sudut sepanjang gua tersebut. Di hujung tu tempat paling "top" sekali aku panggil. Sebab ada cahaya matahari tembus bentuk bulat. Memang cantik dan "on point" lah. Hehehe Korang boleh buka jaket keselamatan dan berenang dekat sini. Kalau sebelum sampai sini tak boleh tau, bahaya. Air dalam sangat, aku tinggi 167cm pun tak lepas. 











Pemandu dia best tau, sporting sangat. Korang boleh je nak tanya apa-apa dekat dia atau nak minta tolong bawa ke sana sini dalam air tu. Toilet dekat sini ok, boleh lah nak salin baju dan mandi bersihkan badan. Tempat solat pula kami solat dekat satu rumah ni. Dekat dengan tempat beli tiket masuk. Aku rasa tu rumah salah sorang yang kerja situ, dia bagi solat dekat ruang tamu rumah dia. 

Untuk maklumat lanjut pakej -pakej lain yang ada, korang tekan link yang aku bagi ni. Aku rasa macam dah jelas dia explain dalam website dia.
Goa Pindul 
Apa-apa pun aku puas hati dengan tempat ni. 

🔻Pantai Timang

Orang cakap tak lengkap datang Jogja kalau tak singgah ke Pantai Timang. Air laut biru hijau, ombak tinggi melepasi batu-batu. Agak seram tapi pengalaman berharga. Hehe


so yaa, Welcome to Pantai Timang. Benda paling famous dekat sini ialah gondola. Sebelum aku cerita pasal gondola, aku masuk dari awal dulu. Untuk ke pantai, korang perlu naik jeep atau motor tau. Aku lebih prefer jeep sebab lebih selamat. Jalan dia beralun-alun, berbatu, terhentak-hentak. Mencabar wehhhh. Harga gondola 350ribu per jeep. Satu jeep boleh muat 3-4 orang. Kalau 5 orang saiz kecil tu ok. 










Untuk naik gondola, harga 200ribu per orang, instead of gondola, korang boleh lalu jambatan gantung untuk ke pulau kecil seberang sana harga 100ribu per orang. Selain tu ada spot gambar berbayar dalam 5ribu-10ribu. Korang akan basah sikit nanti tempias air laut yang deras tu but fun! Angin dia kuat sangat, jadi careful dengan semua barang-barang korang macam topi semua tu. 

Korang boleh bergambar sepuasnya sampai penuh memory, sebab dah bayar mahal untuk sampai sini. Haha Selain tu, boleh singgah makan lobster famous dooh dekat bawah tempat korang beli tiket. Orang cakap murah dan sedap. Aku tak pergi sebab rushing dah malam. Surau dan toilet ada disediakan di bawah juga. 

So overall aku suka sangat. 😍 Aku suka air dan laut, jadi aku puas hati. Aku bagi rate 4 bintang ⭐⭐⭐⭐ untuk both tempat ni. Korang enjoy tau!


Lots of love,
Asma

Monday, 11 March 2019

Jogjakarta - Part 3

HUTAN PINUS 

2018

Okay, dah lama gila tak tulis kan. sebab seriously aku busy gila. So sorryyy my sweetheart. Kali ni aku sambung tentang Hutan Pinus. Kalau orang pergi ke Jogja, mesti akan ke Hutan Pinus. WAJIBBBBB !!! sebab cantikkkk. orang sana kreatif sangat lah. so Hutan Pinus ni panjang tau. sepanjang tu ada macam macam jenis Hutan Pinus. haa pening tak? hehe. setiap tempat tu ada spot gambar berbeza. so kalau banyak masa, korang pergi lah semua. Aku pergi 2 kali trip pun tak habis semua tempat. hahaha. Ada Hutan Pinus Mangunan, Lintang Sewu, Pinus Pengger, apa lagi eh ?! errr. hhahaha Aku ingat yang aku pergi tu je. okay aku mula bawak korang travel ke Hutan Pinus satu per satu ok dear.

🔻Hutan Pinus Mangunan


ni kawan-kawan sekepala aku kalau jalan-jalan. cantik kan? tapi tak available dah. hehe


yang cowok tu kawan kitorang dekat sana. serius dia antara kawan yang baikkk.. niat kitorang nak nampak pinus dekat belakang tu. ni sebelum masuk dalam tu lagi tau. 


ini kira Signature Hutan Pinus Mangunan lah kan. so kitorang pun ambik lah gambar sini. hehe Nampak tu, keliling Pokok Pinus. 



okay ni pulak, macam rumah ran atas pokok tu kan. tangga dia pun dekat pokok. Tangga dia menegak tau. serius gayat gila. buat pakai kayu je, ikat-ikat getah macam tu. HAHAHA. tapi dah jauh-jauh datang, kitorang pun cuba lah. 



view dari atas rumah ran tadi. 

Banyak lagi spot gambar dekat sini, tapi aku nak cepat so aku tak terjah semua. Tiket masuk sini seingat aku 5ribu rupiah per orang. Murah kan? nak sampai ke hutan pinus ni mendaki sikit. curam jugak lah jalan dia. macam nak pergi Cameron Highland tu. kalau jalan kaki boleh kurus. so korang naik kereta tau. Dalam ni pun kena panjat-panjat sikit. tapi sikit je lah. Hiking dan exercise sikit. Baru mencabar kan. Untuk warga emas boleh je datang, tapi kena strong. Sakit lutut tak digalakkan. hehehe

🔻Lintang Sewu





okay dekat sini sama nama dengan kawan aku "Lintang" wahahaha. dekat sini kena bayar parking ja. 5ribu juga seingat aku. View dia more kepada awan biru biru, cantik lah. sebab atas bukit tinggi kan. Tak banyak sangat aku bergambar sini. Ni singgah sekejap ja. sebab ternampak 😄 

🔻Pinus Pengger 







Okay antara semua Hutan Pinus, ni paling famous. Kalau malam lagi cantik. nak masuk sini korang kena bayar 5ribu jugak. dan ada nampak buaian yang aku naik tu kan. tu kena bayar tapi aku tak ingat berapa. sedang-sedang, tak mahal sangat. dekat sini korang kena mendaki sikit ke atas. Guna tangga tau. Kalau siapa ada Asthma korang bawak lah pump tu. Kawan aku asthma di pertengahan jalan, menggelabah kitorang. HAHAHAH. Tempat makan semua ada dekat sini. Kalau surau dekat depan sikit, sebelah restoran. 

okay, sampai sini dulu aku tulis. Aku kena gerak dulu, pape roger. 😅 See you when i see you ! As an conclusion, aku rate tempat-tempat ni 3 bintang ⭐⭐⭐

Lots of Love,
ASMA