Saturday, 9 February 2019

Jogjakarta-Part 2

TUGU JOGJA

2018

okay, Good Morning korang. untuk part 2 ni aku sambung dekat Tugu Jogja dulu okay, sebab aku a little bit rushing. Sejarah Tugu Jogja ni korang boleh Google ok ? Tapi yang aku ingat dia terletak sebaris dengan Kraton Palace, Jalan Malioboro dan banyak lagi terus menuju ke Gunung Merapi. Korang boleh Google for more information. 

"Kelak kamu akan kembali ke kota Jogja jika sempat berfoto dan bisa memeluk Tugu Jogja."

ini mitos je tau. Korang jangan percaya pulak. Di Jogja banyak sangat mitos yang masih ada. Aku akan cerita dekt entri tempat tu nanti okayy. Sebab aku dah mula sayang dengan Kota Jogja ni, aku pun beria nak pergi ambik gambar sini. Masa tu musim Raya Aidilfitri. aku tak balik pun sebab nak rasa sambut raya perantauan. Aku cerita di entri lain nanti. 





Tugu Jogja ni terletak di tengah2 roundabout tau. So korang kena be careful kalau nak ambik gambar. kereta motor banyak ya amat. HAHAHAHA. Orang ramai je dekat situ. meriah, aku suka sangat. ada jual jual makanan jugak area situ. macam warung kecik tepi jalan tu haa. Orang selalu duduk situ lepak-lepak ja, diorang panggil "nongkrong". 

Aku rasa tu je aku nak cerita dekat korang tentang Tugu Jogja. Korang yang baca ni doakan aku dapat kembali ke sana lagi tau. Aku terlalu rindukan Jogja. 😍


Lots of Love,
Asma




Friday, 8 February 2019

Jogjakarta-Part 1

GUMUK PASIR - PANTAI PARANG TRITIS - KALIBIRU - PULE PAYUNG - CANDI IJO
2018

Ni first entry aku tentang Jogjakarta. Aku dekat sana 6 bulan. So banyak jugak tempat aku pergi. Alhamdulillah. Aku akan share dengan korang semua pros and cons setiap tempat tu. Harga kalau aku ingat okay. Aku bagi dalam IDR, nanti korang convert ke RM. sebab ikut current currency. 

Aku jalan ni one day trip je. lepas tu balik. so dalam masa satu hari tu aku dapat pergi semua tempat tu. Best wehh. sebab Jogjakarta masih kekalkan nature. so for nature lover or nature hunter, Go Go Go. 😍

🔻Gumuk Pasir









Okay, tu collection gambar-gambar yang aku ambik masa aku dekat Gumuk Pasir. tempat ni hampir sama macam Pantai Klebang, Melaka. Pasir buatan yang macam dekat Gurun tu. panaihhh wehh. Aku suggest korang pergi pagi or petang je. Aku pergi awal pagi tu. tu pun dah panas. sebab dekat sana panas awal. Malaysia-Jogjakarta beza 1 hour. Tapi diorang cerah lebih awal, gelap awal. FREE je masa aku pergi tu. tak ada kaunter tiket pun. atau sebab masih pagi aku tak sure. One more thing, pasir dia tu macam melekat sikit, macam ada magnet. Korang boleh try, amazed wehh. Bawa lah selipar ke apa, tapi aku pakai je sport shoes aku. 4/5 rate aku ⭐⭐⭐⭐


🔻Pantai Parang Tritis





Jogjakarta ada pantai yang cantik sangattttttttt. macam Bali pun ada. Tapi pantai ni biasa biasa ja bagi aku. Pasir dia halus sangat. ombak dia deras. Oh ya, pantai dekat sana ombak dia kuat tau. CAREFUL ok. aku singgah sekejap je, ambik ambik gambar then go to next stop. Ada pesanan dari Pak Supir yang bawak kami ni, kalau pergi pantai jangan mengelamun. jangan terlalu menghayati perasaan tu sangat. nanti kau dibawa keman-mana aku tak tahu. biasalah, kita kena sentiasa beringat ok, Jangan seronok sangat. tentang Pak Supir aku buat satu entry lain nanti ok? Aku rate pantai ni 3/5 ⭐⭐⭐

🔻Kalibiru





Tempat ni atas bukit tau. tinggi sangatttttttttt. Jalan nak naik dia curam gila. memang menegak lah jalan dia. Kalau kereta korang mampu daki, try lah. Tapi aku ambik jeep. lebih selamat dan adventure sikit. Best wooo pengalaman. Tapi tak free tau. Kalibiru ni bawah daripada Pule Payung. so Jeep ke Kalibiru 350ribu around RM100. Boleh muat 5-6 orang, ni kira padat lah. Tiket masuk ke Kalibiru tu beza lagi tau. Korang kena bayar something aku serius tak ingat. around RM10 rasanya so 30 ribu. sebab kita Foreigner kan. kalau local 10ribu. Udara dia sejuk jugak lah. sebab tinggi kan. Korang kena hiking sikit nanti. naik tangga2. untuk warga emas aku tak syorkan tapi boleh try. sebab masa aku pergi tu ada je nenek yang naik. Banyak aktiviti boleh buat dekat situ. macam Flying fox tapi kena bayar. dan ada banyak spot gambar. setiap spot tu kena bayar. 15ribu setiap spot gambar. Korang decide nak spot mana, tak payah lah semua sebab hampir sama je. Ada review contoh gambar dekat spot2 tu. aku rate 3/5 jugak sebab ada yang lebih best ⭐⭐⭐

🔻Pule Payung






Pule Payung ni atas daripada Kalibiru macam aku cakap tadi. dia lebih best sebab murah dan comel. Macam lolipop. Jeep dari bawah ke Kalibiru dan Pule Payung total 400ribu. aku tak pasti kalau Pule Payung je berapa. Dekat sini banyak jugak spot ambik gambar cantik. Ada pakej pakej dia. Korang ada dapat free gambar cantik tu sekali. 3 keping kot free. Korang nanti tengok lah, aku aim datang sini nak try basikal gantung je. mencabar sikit. asyik kayuh basikal atas tanah je. meh ke kayuh atas angin. Aku mengucap panjang weh. tapi serius best. aku puas hati. Staff dia semua baik. aku suka, sporting dan sabar je layan kerenah kami dekat situ. geng aku masuk air semua. Aku rate 4/5 ⭐⭐⭐⭐

🔻Candi Ijo






Aku duduk sini dari petang sampai maghrib jugak lah. sebab nak tengok sunset dia SubhanAllah cantik sangat weh. ini pun kena mendaki jugak. tapi pakai kereta ok, bukan jalan kaki. Untuk Foreigner kena bayar 10ribu tiket masuk dia. selalunya double. so local 5 ribu. dekat candi dilarang guna drone, dilarang panjat. so ikut rule dia, jangan malukan Malaysia tau😆 Candi akan tutup pukul 5 atau 6 macam tu. sebab seram kot dah gelap duduk dekat candi. akan ada security suruh korang keluar nanti. View cantik, so aku puas hati. gambar aku tak cantik sebab dah blur dah bila malam. pakai phone je kan. aku rate 3/5 ⭐⭐⭐


the end untuk short trip aku Day 1. untuk destination lain aku share dekat entry lain okay. Thank you korang sudi baca sampai bawah. Aku doakan kita semua dimurahkan rezeki dapat travel tengok bumi Tuhan. 😍


Lots of Love,
ASMA

Get to know me okehh



Bismillahirahmanirrahim.. Assalamu'alaikum buat yang sudi baca.

Kenalkan, nama aku ASMA NURHIDAYATI BINTI KHASIDAN. Untuk yang dah kenal aku, Alhamdulillah. Korang ceritalah yang baik-baik je tau pasal aku hihi. Alaa, ni lebih kurang macam biodata yang korang selalu buat masa darjah 5 dulu. Konon nak ambik tahu tentang kawan kelas korang, padahal korang nak tahu tentang crush korang je kan.. hehe aku tahu sebab aku pun sama je. okay lah, takmau mengarut panjang. currently, 2019 so umur aku 21 tahun 6 bulan.(taknak mengaku dah 22 tahun) .

mana datangnya PUISI DARI HATI? okay, aku suka tulis puisi. tapi dah lama aku tak tulis sebab busy dengan kehidupan aku sekarang. Acahhh je. Aku siap download apps yang macam notes tu. siap ada PASSWORD okay. sebab nak secure puisi aku. tapi mana entah hilang lepas aku format phone hari tu. sedih kan? Basically aku tulis tentang apa yang aku lalui dalam bentuk puisi. sebab aku susah percaya orang untuk dengar cerita aku. so this is me.

Aku masih belajar. Tahun 3 semester 2 so sekarang semester 6 lah kan di Universiti Malaysia Pahang. Aku belajar kos Networking. Korang doakanlah aku grad on time dan aku dapat kerja okay. Aamiinn. Sekarang aku tengah busy dengan thesis aku. tapi still ada masa nak main blog ni. hehe sebab aku suka. so aku pun buat lah. 

Aku anak kelahiran negeri PERLIS yang tercinta. Cheq orang utaghaa wehh. Cheq bolih aihh cakap utagha, tak lupa aih bahasa cheq. Feel free untuk siapa nak belajar bahasa utara, boleh tanya aku. Aku dah boleh cakap campur sebab lingkungan aku bukan utara. Aku bukan lupa asal usul tau. Pepatah cakap masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.(aku tak tahu menguak bunyi macam mana, jangan tanya) So bila aku balik perlis, aku cakap lah utagha. Bila dengan kawan2 aku, biasanya aku mix bahasa aku. 

panjangnya aku bebel. Aku punya fokus menulis sampai aku tak sedar lagu aku pasang dekat Youtube dah stop. haha. oh ya, aku suka bercakap. suka bebel. Aku suka marketing ni. Tapi kena ada minat. time aku tak ada mood, so sorry lah. Aku rasa menyampah gila. hehhe Apa lagi eh aku nak cerita. itu je kot. yang lain lain kita berkenalan nanti dari masa ke masa. 

wehhhh, actually aku nak bagitau tujuan aku open balik Blog ni. Aku nak share pengalaman aku. contohnya tempat yang recommended yang aku pernah pergi. makan yang sedappppppp. aku bagi review jujur okay. Kalau aku ingat harga, aku tulis sekali. Korang jangan risau. Aku tak berbayar pun. Aku just nak share je. 


Lots of Love,
Asma