GOA PINDUL - PANTAI TIMANG
2018
Ok kali ni aku sambung trip ke dunia Yogyakarta Istimewa dari Goa Pindul ke Pantai Timang. Kedua-dua tempat ni satu arah, kalau korang ambil Pak Supir (driver) pun dia susun macam tu. Tapi mostly kami dekat sana susun itinerary sendiri dan kami senaraikan tempat-tempat yang nak pergi, then kami minta Pak Supir susunkan.
Aku mulakan di Goa Pindul dulu ok.
Ok kali ni aku sambung trip ke dunia Yogyakarta Istimewa dari Goa Pindul ke Pantai Timang. Kedua-dua tempat ni satu arah, kalau korang ambil Pak Supir (driver) pun dia susun macam tu. Tapi mostly kami dekat sana susun itinerary sendiri dan kami senaraikan tempat-tempat yang nak pergi, then kami minta Pak Supir susunkan.
Aku mulakan di Goa Pindul dulu ok.
🔻Goa Pindul
Dekat Goa Pindul, air dia jernihhhhhh sangat dan sejuk. Korang boleh tengok dalam gambar aku dekat bawah tu. Dekat sini ada banyak aktiviti boleh buat tau. Tapi semua berbayarlah ikut harga pakej. Salah satu pakej yang aku ambil cave tubing. Harga 40ribu rupiah per orang. Dalam pakej ni korang akan telusuri gua selama 45 minit. Korang akan diberi jaket keselamatan, pelampung yang diikat getah dan tourist guide. Korang akan dibawa naik jeep untuk ke gua ni. So, enjoy!
Dalam ni korang akan nampak banyak kelawar tengah tidur, mutiara apa aku tak ingat dan banyak lagi. Pemandu tu akan cerita dekat korang sejarah setiap inci sudut sepanjang gua tersebut. Di hujung tu tempat paling "top" sekali aku panggil. Sebab ada cahaya matahari tembus bentuk bulat. Memang cantik dan "on point" lah. Hehehe Korang boleh buka jaket keselamatan dan berenang dekat sini. Kalau sebelum sampai sini tak boleh tau, bahaya. Air dalam sangat, aku tinggi 167cm pun tak lepas.
Pemandu dia best tau, sporting sangat. Korang boleh je nak tanya apa-apa dekat dia atau nak minta tolong bawa ke sana sini dalam air tu. Toilet dekat sini ok, boleh lah nak salin baju dan mandi bersihkan badan. Tempat solat pula kami solat dekat satu rumah ni. Dekat dengan tempat beli tiket masuk. Aku rasa tu rumah salah sorang yang kerja situ, dia bagi solat dekat ruang tamu rumah dia.
Untuk maklumat lanjut pakej -pakej lain yang ada, korang tekan link yang aku bagi ni. Aku rasa macam dah jelas dia explain dalam website dia.
Goa Pindul
Goa Pindul
Apa-apa pun aku puas hati dengan tempat ni.
🔻Pantai Timang
Orang cakap tak lengkap datang Jogja kalau tak singgah ke Pantai Timang. Air laut biru hijau, ombak tinggi melepasi batu-batu. Agak seram tapi pengalaman berharga. Hehe
so yaa, Welcome to Pantai Timang. Benda paling famous dekat sini ialah gondola. Sebelum aku cerita pasal gondola, aku masuk dari awal dulu. Untuk ke pantai, korang perlu naik jeep atau motor tau. Aku lebih prefer jeep sebab lebih selamat. Jalan dia beralun-alun, berbatu, terhentak-hentak. Mencabar wehhhh. Harga gondola 350ribu per jeep. Satu jeep boleh muat 3-4 orang. Kalau 5 orang saiz kecil tu ok.
Untuk naik gondola, harga 200ribu per orang, instead of gondola, korang boleh lalu jambatan gantung untuk ke pulau kecil seberang sana harga 100ribu per orang. Selain tu ada spot gambar berbayar dalam 5ribu-10ribu. Korang akan basah sikit nanti tempias air laut yang deras tu but fun! Angin dia kuat sangat, jadi careful dengan semua barang-barang korang macam topi semua tu.
Korang boleh bergambar sepuasnya sampai penuh memory, sebab dah bayar mahal untuk sampai sini. Haha Selain tu, boleh singgah makan lobster famous dooh dekat bawah tempat korang beli tiket. Orang cakap murah dan sedap. Aku tak pergi sebab rushing dah malam. Surau dan toilet ada disediakan di bawah juga.
So overall aku suka sangat. 😍 Aku suka air dan laut, jadi aku puas hati. Aku bagi rate 4 bintang ⭐⭐⭐⭐ untuk both tempat ni. Korang enjoy tau!
Lots of love,
Asma

0 comments:
Post a Comment